Wednesday, July 23, 2008

Konvokesyen UiTM Ke-68

Ini Konvo adik aku, Ap @ Achik pada 25 Mei 2008. Tahniah atas kejayaan mendapat Diploma Ukur Bahan. Oleh sbb dia ni xnk konvo...atas sbb keinginan mak aku nk tgk dia atas pentas....aku pon sponsor la bayar konvo dia....lagipon adik aku 2 org jer...nti waktu salimah plak....tp lambat lg....

Last2 kecian lak org lain ade bg bunga....aku pon beli la bunga kat dia....dpt lak yg kat akak yg offer aku murah....budget la skit.....ok la kn...cantik pon cantik.....aku dh pernah melaluinya dlu....InsyaAllah!!! lain tahun aku nk laluinya lg heheheee

Oleh kerana aku jd camerawomen....jd xbyk gmbr aku skali....ape2 ambik gmbr sesorng la hehehe ade tp byk yg goyang....gigil tangan....


Teruja betul zaim naik kerbau eekkkk
Ayah pon ade angan2 jd graduate...

Ucu pon nk gk...

Cayang Achik.....bucuk...bucuk...

Tahniah dah jadi graduate!

Zaim pon nk try gk...nasib bj xleh pakai hehee

Tuesday, July 22, 2008

Char keow Teow


Bahan-Bahan

1 Mangkuk Keow Teow Halus
3 ekor udang besar
3 Helai daun kucai
1 biji telur
2 Camca Besar Cili Boh (yang telah dicairkan dgn sedikit air)
3 Camca besar Kicap Char Keow Teow (Cair)
sedikit minyak masak

Cara-Cara

Panaskan minyak kemudian udang, gorengkan seketika & angkat...Kemudian masukkan Cili Boh dh tumis seketika, masuk kicap & keow teow kacau seketika. Masukkan telur dan daun kucai. tutup api & sedia dihidangkan Panas-panas...dh sejuk xsedap tau!

KEK

KEK COKLAT

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.
KEK COKLAT KUKUS

Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2.2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

KRIM COKLAT
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara-Cara

1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.


KEK COKLAT

BAHAN:
bahan A

250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
210 gm tepung gandum ]
1 sudu teh baking powder ] ayak bersama
50 gm serbuk koko ]
80 ml susu segar/fresh milk

CARA:
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.
6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.

Cream Coklat
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.

Wednesday, July 2, 2008

WanitaMelayuDotCom......

Pada 29 Jun 2008....aku menghadiri Majlis Perjumpaan Ahli Wanitamelayu.com di The Lagend Hotel. Jenuh gk dok mengingat kat mn...rupernya sebelah The Mall.....ngatkn cm Hotel istana...sabar jer laaaa....malas nk komen byk,malas nk cite panjang....tahap kepuasan hati...betul2 tarak....cover line jer memanjang, senyum jer laaaaa dlm hati sapa tau kn....lagi2 lepas penyampaian hadiah.....rayulah jiwa....pujuklah hati sendri....pada DRA kenangan ini mmg ssh nk luper....lagi2 bila smpai umah....rsnya pinggan kat umah dr mahal kn..kn...waaaaa

Terima kasih pada yang menjayakan & memeriahkan majlis ini.....ape2 pon....majulah sukan untuk negara.....ape yg ko merepek ni daaaaaaaaa....Lu Pikir La Sendri....layanzzzzz gmbr geder2 itewww....



Beratnya hadiah 'itew'
Zaim Posing dimana saje dia berada..
Bawah meja pon boleh...dh tukar baju plak...
Asyiknya la makan jajan....
Ni bukan 'Jangan Pandang belakang' ni
'Tolong Pandang Belakang'
heheheeheheheee
Mieza & Hubby...1 meja ngan aku
Happy jer bergambar sebelum dapat hadiah..
Gambar selepas ambik hadiah...ade yg mengigil heheee
kak aen & kak Leila Tahniah dpt hadiah yang best....
mmg ptt senyum lebar
mamarazzi...

Ayah & Zaim...zaim tgh pandang2 jeling2 anak amida korea tu...
jgn xtau...syyhhhh!!! coverline.....terus pndang camera
Datin DRA..Aku & Mieza


Akhir sekali.......

Inilah hadiah yang 'menarik' itew....Terima Kasih.....