Monday, June 23, 2008

Makan....Makan...Makan....

Hari ini update blog lagi....bukan reti sangat tp layan jer la.....ni aku tayang makanan yang aku masak...rasanya??? Bolehlah tahan....kalau abang leh makan ok la tu hahaaaa

Jom intai ape la yang aku pernah masak...resipi hantam sajalah....ade lg tp gmbo xde heheee

Ayam Goreng Lemon~ Kuah masam skit

Bergedil Daging...Marvelesss...untuk
Jamuan Hari Raya i-Learn

Bubur Nasi & Nugget Goreng Kunyit
Zaim demam mintak bubur

Tahu Sumbat Goreng (Resipi ala acik Tipah)
yang telah ku hentamkn jer bahan...ape ade jer laaa
Char Keow Teow....Seksyen 2 Mariiii
Kicap beli kat shida WMC

Telur Sosej Bercheese

Monday, June 9, 2008

Harijadi Zaim 2 Tahun

Sambut hari jadi zaim meriah walaupun hanya bersama keluarga, zaim masih kecil kalau ajak kawan-kawan pun, dia masih belum memahami....nantilah satu hari ada rezekinya, kami akan adakan hari jadi bersama kawan-kawannya.....hari ini juga dia demam...kesiannya anak umi tapi zaim gembira sebab dapat kek & hadiah
Umi doakan zaim panjang umur,murah rezeki & jadi anak berguna serta beriman Amin!!!

....mari tengok gambar








































Zaim Menerjah Usia

Usia Zaim tika ini genap 2 tahun, Alhamdulillah!!! syukur aku kerana kurniaMu anak ini hadir dalam hidupku....ketika ini daku teringat kepada Abahku yang sudah tiada....inilah mengantimu Abah, gelak tawa, jenakanya,spontannya mirip abah, dikala itu kenangan mengamit jiwa, kesedihan mengundang air mata, tak kala itu berderai air mataku mengenang abah.

Walaupun konflik melanda kita,namun aku tetap mengenangmu seorang abah yang menyayang, pemurah, pengasih dan suka berjenaka. Kenangan lalu mengusik pintu hati ku ini, walaupun seketika telah dirobek oleh anasir asing yang menghalang kebahagian kita, namun aku masih tetap mengenangmu sebagai seorang manusia agung dihatiku....
Abah Sumber Inspirasiku! Semoga Roh Abah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman...AMIN!!!!

Gambar ni masa umurnya 1 tahun, kek ni diberi oleh SIL - Acik Jiah & Acik Nizam
TQVM




Friday, June 6, 2008

Team Building Pusat i-Learn

Pada 11 - 13 April 2008 Team Pusat i-Learn disertai staf & fasilitator serta staf PSMB,Bendahari & ILQAM akan berkursus di Kem Bina Negara Kuala Lipis, Pahang di bawah anjuran ILQAM. Selama 3 hari 2 malam itu kami akan berkampung disana bagi menghadiri aktiviti yang telah diatur. Team Building ini dijalankan untuk meberi bimbingan & motivasi pada semua peserta bagi menjalankan tangungjawab sebagai seorang pekerja bawahan atau atasan. Aktiviti yang diaturkan memang best,mencabar & memberi pendedahan dari berbagai perspektif. Oleh kerana aku ni mmg la minat Outdoor sememangnya aktiviti inilah yang ku tunggu2. Selama beberapa tahun dh ku tinggalkn aktiviti, macam2 kenangan dapat ku imbas. Nasib baik la aktiviti lasak yang diberi tidak la selasak yg pernah ku tempuhi dulu, rasanya tak terdaya nk buat kalu terlalu keras, maklumlah peserta2 yang dtg pon bukannya semua muda2 lagi....ade yang dh 40+ tahun....aku pon memang xboleh wat punyer....Alhamdulillah! aktiviti dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik. Kata pujian diberikan oleh Ketua Fasilitator yang Team dr UiTM ini adalah yang paling baik pernah dia jaga....(yer ker!!!) ape2 pon Terima Kasih pada fasilitator yang menjaga & membimbing kami dalam menjalankan misi Team Building ini. Terima Kasih Karisma Discovery Center Sdn. Bhd.
Kenangan disana akan selalu ku ingati.....

Perjalanan Ke kem Bina Negara, Kuala Lipis

Sesi Bergambar sebelum masuk Dorm

Gambar Malam Persembahan Tema Bollywood
Kumpulan Aku~ De '8' Team..aku xde sebab jadi pencerita
Ni Kumpulan Ultra '8'....ganassss
Ni Kumpulan M7
Sesi Karaoke plak lepas tu

Sesi bergambar kenangan

Perjalanan balik Berhenti di Genting Sempah...sempat lg bergmbr

Gelagat Mas & Kudut...heheheee

Thursday, June 5, 2008

1st time wat Blog sendri

Akhirnya pada tanggal ini....aku dh buka blog aku sendri...wpon xlengkap lg tp aku gembira sbb aku ingin mencuba....kalu org lain boleh kenapa tidak aku.....Don't Give-Up Yatie....