Monday, June 9, 2008

Zaim Menerjah Usia

Usia Zaim tika ini genap 2 tahun, Alhamdulillah!!! syukur aku kerana kurniaMu anak ini hadir dalam hidupku....ketika ini daku teringat kepada Abahku yang sudah tiada....inilah mengantimu Abah, gelak tawa, jenakanya,spontannya mirip abah, dikala itu kenangan mengamit jiwa, kesedihan mengundang air mata, tak kala itu berderai air mataku mengenang abah.

Walaupun konflik melanda kita,namun aku tetap mengenangmu seorang abah yang menyayang, pemurah, pengasih dan suka berjenaka. Kenangan lalu mengusik pintu hati ku ini, walaupun seketika telah dirobek oleh anasir asing yang menghalang kebahagian kita, namun aku masih tetap mengenangmu sebagai seorang manusia agung dihatiku....
Abah Sumber Inspirasiku! Semoga Roh Abah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman...AMIN!!!!

Gambar ni masa umurnya 1 tahun, kek ni diberi oleh SIL - Acik Jiah & Acik Nizam
TQVM




No comments: