Thursday, December 18, 2008

Indahnya......Awana Hotels & Resort Part 3

AWANA GENTING HIGHLANDS
GOLF & COUNTRY RESORT


Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.....namanya saja telah terbayang rasa nyaman dan kesegaran, maklumlah dengan resort yang berada di tanah tinggi, pastinya anda tahu keadaannya di atas sana. Seperti di kayangan, Awana Genting Highlands Golf and Country Resort menyediakan tempat yang menarik untuk anda berehat dan bersantai serta menghabiskan percutiaan anda . Aktiviti yang menarik serta kemudahan yang lengkap disediakan untuk anda. Kemudahan yang disediakan sama ada untuk keluarga, berkumpulan ataupun dari badan korporat untuk mengadakan mesyuarat,latihan, team building, famili day dan lain-lain lagi.

Pelbagai pakej menarik disediakan untuk anda seperti yang anda inginkan. Dengan ketinggiannya yang berada 3,000 kaki dari aras laut, kedinginan terasa hingga ke tulang seperti anda berada di luar negara. Anda juga akan menikmati panorama yang menarik dan indah yang tidak dapat dilupakan. Penginapan disini menjanjikan kedamaian dan keindahan yang nyata memukau sesiapa ke sini. Anda juga dapat merehatkan diri dari kesibukan kota, bila di sini anda akan merasakan ketenangan dan keselesaan yang anda tidak akan dapat di tempat anda.

Jika minat bermain golf, padang golf 18-lubang akan sedia menanti kunjungan anda. Dengan kemudahan yang lengkap, anda memilih untuk membawa sendiri peralatan atau boleh menyewa peralatan disini dengan harga yang berpatutan.Selain dari golf, jika anda berminat dengan aktiviti lain, anda boleh memilih aktiviti yang telah disediakan iaitu 'indoor' dan 'outdoor' yang menarik serta mencabar seperti flying fox, indoor abseiling,rock climbing dan lain-lain lagi. Kemudahan dan peralatan yang sediakan akan memenuhi kehendak anda. Untuk melihat lebih lanjut klik pada gambar....Selamat Datang ke Gerbang Percutian Anda....

Peta Ke Awana Genting Highlands
Jamu Selera dengan Juadah Yang Enak & Menyelerakan
Bilik Penginapan Bertaraf 5 Bintang Sedia Untuk AndaPadang Golf 18-Lubang untuk pemain Golf
Salah satu daya tarikan di Genting Highlands
Menariknya di Genting Highlands....Aktiviti dan kemudahan yang disediakanPromosi Awana Genting Highlands

No comments: