Monday, December 1, 2008

Sahabat....Dikau Pergi tak kembali!!!

Tanggal 31 Oktober 2008 bersamaan 2 Zulkaedah 1429...... perginya seorang sahabat bernama Noor Aziyaton Azama Samsudin ke rahmatullah kerana menghidapi Kanser Darah. Pemergiannya amat-amat dirasai. Atun nama yang biasa terukir ketika bersua namun selepas ni akan hanya tersemat dalam hati. Dia seorang sahabat yang baik,periang, lemah-lembut dan penyayang. Walaupun tidak dikurniakan anak setelah berkahwin dengan Sham (suaminya serta sahabat ku jua), Atun tetap melayan kerenah anak-anak kecik yang mencuit hatinya. Tak terbayang dimataku raut wajahnya yang bersahaja walaupun didalamnya menahan kesakitan. Aku tahu dia mengidap penyakit dan telah menjalankan Kemoterapi. Ya! Allah betapa besar dugaanMu padanya. Aku berjumpa dan hanya dapat berkongsi cerita serta menenangkannya supaya banyakkan berdoa dan berzikir supaya Allah menyembuhkan penyakit yang dialaminya. Ku tahan air mataku dari mengalir di pipi supaya ketabahanku akan membuatkannya tenang....walaupun dalam hati hiba melihat keadaannya yang dalam kesakitan. Ku pohon Doa supaya Allah peliharakan kesihatannya dan sembuhkan penyakitnya.

Kata orang 'Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul' itu la Atun yang walaupun kesakitan, terukir senyuman diwajahnya. Ketahuilah Atun, walaupun kita jarang bertemu, tapi hatiku ini selalu teringatkan mu. Kaulah sahabatku dunia akhirat, kau tahu itu....aku jua tahu... Keaadaan memaksa kita untuk jarang bertemu.

Aku Pasrah dengan KetentuanMu Ya! Allah.....Aku redha atas pemergiaan sahabatku....Ku Pohon Kau ampunkan dosa Atun dan tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang beriman. Aku maafkan segala kesalahannya jika ada.....Aku halalkan makan minumnya....Aku halalkan jika dia ada berhutang padaku......Ya Allah! Hanya Kau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... AMIN!!!!!!!

Gambar ini diambil ketika Atun dan Sham datang ke rumah ketika jamuan raya pada 11 Oktober 2008. Gambar ini diambil oleh anakku, Zaim....Inilah kenangan terakhir Atun bersama Aku.....

Tidak Ku sangka pandai zaim tangkap gambar....TQVM Zaim!

Sudah sebulan Atun meninggalkan kita, tapi kehadirannya dirumahku bagaikan terasa masih baru.....Kenangan Terindah Abadi Dalam Ingatan....Moga Rohnya dicucuri Rahmat....AMIN!!!

No comments: