Wednesday, December 17, 2008

Indahnya......Awana Hotels & Resorts Part 1

AWANA PORTO MALAI RESORT
LANGKAWI

Sedikit kisah ku untuk tatapan.....Pada 2005, sebelum aku dan suami melangsungkan perkawinan pada 1 September 2005, kami telah merancang untuk berbulan madu di Langkawi yang dikenali sebagai Pulau Mutiara yang mengamit memori setiap insan yang bertandang ke sana. Dari nilai klasiknya pula, pulau ini menyimpan sejarah mengenai Mahsuri, Beras Terbakar dan lain-lain lagi khazanah yang menyimpan rahsia penuh makna.

Kami merancang ke Langkawi ketika pergi ke Matta Fair di sebuah Kompleks Membeli belah terkemuka, setelah mencari pakej yang sesuai, kami pun memilih Pakej BulanMadu selama 3 hari 2 malam kerana pakejnya yang menarik perhatian....Maklumlah bakal pengantin baru mesti mahukan kenangan dan layanan istimewa. Kami menempah dan membayar wang deposit RM100. Kami bercadang pergi ke Langkawi 1 minggu selepas kedua belah kenduri selesai.
Tetapi kami hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya, Abah telah meninggal dunia setelah 3 minggu menikahkan kami atas permintaanku.....aku terasa kehilangan yang besar....hidupku serta keluarga terasa suram. Oleh kerana perasaan hiba masih menyelubungi keluarga kami, kami membatalkan percutian kami ke langkawi. Sekarang kami mempunyai 1 cahayamata....itulah penganti Abah....

Awana Porto Malai, Langkawi......
Tak dapat ku gambar jikalau aku dapat menghabiskan percutianku di sana, ketika umur 15 tahun, kami sekeluarga pernah ke Langkawi tetapi hanya dapat mengambil gambar disekitar kawasannya sahaja.Maklumlah kami dari keluarga sederhana, jadi terasa tidak layak menginap di Awana Porto Malai, tapi aku menyimpan impian satu hari nanti aku akan dapat menghabiskan percutianku disana.....Tempatnya yang menarik, cantik dan menenangkan hati setiap pengunjung. Jikalau melihat gambar pun sudah dapat merasai ketenangan dengan panoramanya yang menarik,inikan pula jika benar-benar berada disana...Awana Porto Malai menyajikan anda dengan kemudahannya yang lengkap seperti Bilik Penginapan yang selesa, Menu Makanan yang menarik dan menyelerakan, pakej memanjakan diri di Spa, aktiviti rekreasi di darat mahupun di air semua disediakan di sini. Jika menempah melalui Pakej yang ditawarkan, anda akan mendapatkan diskaun bagi kemudahan tersebut, semuanya untuk anda nikmati. Walaupun aku belum pernah ke Awana Porto Malai, tetapi aku telah mengalami pengalaman di Pulau Langkawi yang indah ini. Anda boleh klik pada gambar untuk keterangan lanjut.....

Peta Ke Awana Porto Malai, Langkawi.
Salah satu bilik penginapan
Spa Awana Resort Langkawi
Indahnya sekitar Awana Porto Malai
Tempat makan 'seaside' di Timber Board Walk
Dataran Helang
Kenapa gambar tidak banyak dipaparkan???....Kerana anda kenalah mengalami sendiri pengalaman disana barulah puas rasanya....emmmm rasanya teringin pula aku menerjah ke Langkawi.... InsyaAllah!!! Tahun depan...tunggu Langkawi aku akan datang....

Oh! tak kurang hebatnya di Awana Hotels dan Resort lain iaitu di Awana Genting Highlands-Golf and Country Resort dan Awana Kijal- Golf, Beach and Spa Resort.

Promosi Awana Porto Malai
Tahun Melawat Kedah

Sambungannya selepas ini....

No comments: