Wednesday, December 17, 2008

Indahnya......Awana Hotels & Resort Part 2


AWANA KIJAL
GOLF, BEACH & SPA RESORT


Kali ini bercerita tentang pantai yang cantik, Awana Kijal Golf, Beach and Spa di Terengganu Darul Iman menyajikan anda kedamaian dan ketenangan menghirup udara pantai. Terasa kesegaran dan keasyikan ketika bercuti dan beriadah di Awana Kijal, Terengganu.

Di Awana Kijal, anda disediakan percutian mewah dan menarik serta kemudahan yang sesuai untuk percutian bagi yang inginkan beriadah dengan bermain golf, padang golf 18 lubang sedia menanti kehadiran anda dengan pakej menarik dan berpatutan. Bagi yang inginkan melakukan aktiviti lain sama ada 'Outdoor' ataupun' indoor' Awana Kijal menyediakan pakej kemudahan menarik mengikut citarasa anda seperti berbasikal, jakuzi, sauna, lawatan ke kampung dan lain-lain lagi. Aktiviti melihat penyu juga disediakan, mana tidak Terengganu terkenal dengan tempat pendaratan penyu. Jika anda ingin membeli belah dan melawat tempat menarik di Terengganu, Awana kijal juga menyediakan 'Tour City' untuk anda. Spa juga disediakan untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan, dengan pakej-pakej menarik, anda pasti terpukau.

Di Awana Kijal, bilik penginapannya memberikan anda keselesaan bertaraf 5 bintang sesuai dengan pakej yang anda pilih, menu makanan yang disediakan pasti memanggil selera anda dengan harga yang berpatutan,carilah menu mana yang sesuai untuk anda.

Dengan layanan istimewa di Awana Kijal, pasti anda akan datang lagi. Mari menjamu mata anda dengan keindahan Awana Kijal, Terengganu. Anda boleh klik pada gambar untuk keterangan lanjut....

Peta Ke Awana Kijal, Terengganu
Permandangan bilik penginapan
Padang Golf 18 LubangBersantai di tepi pantaiBermain di Fun PoolTaman Sari Royal Heritage Spa
Visit Terengganu 2008

Promosi Awana Kijal

Tahun Melawat Terengganu

Sambungan Awana part 3........

2 comments:

Unknown said...

ini hotel the best bangets



from :
http://nokiamoneymaker.blogspot.com/

girlsilver@fishbone said...

eemmm mmg bagus, tempat pon cantik...jom la bercuti kat sini...mesti seronok...